Thursday 31 December 2015

Kata Alu-aluan Guru Besar 2016

SEMANIS KATA, SEINDAH BICARA

Ahlan Wasahlan kepada semua pembaca Blog Sekolah ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada pengendali blog ini iaitu “Cikgu K’ yang merupakan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Justeru, saya berharap agar semua pihak yang terlibat dengan pembangunan kecemerlangan sekolah ini dapat menjadikan blog ini sebagai satu wadah untuk meningkatkan prestasi sekolah kepada satu pencapaian yang lebih mantap dan cemerlang.

Dalam kesempatan ini jua, saya ingin berkongsi dengan semua pembaca bahawa ‘ASAS kepada sesuatu KEJAYAAN itu adalah USAHA’ dan “ASAS kepada USAHA itu pula adalah KEIKHLASAN” manakala sebuah KEJAYAAN itu akan lebih mudah dicapai dengan KERJASAMA.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua ibu bapa agar bersama-sama dengan pihak sekolah untuk membangunkan modal insan di kalangan pelajar atau anak kita semua dengan memberi sumbangan dalam bentuk perbincangan ilmiah, tenaga kepakaran, perkongsian kemahiran yang berkaitan, peruntukan kewangan dan sebagainya. Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan kedatangan tuan puan dengan hati yang sangat terbuka.

Kepada guru dan kakitangan sekolah, doa saya agar kalian semua sentiasa diberi nikmat kesihatan yang baik. Saya juga berharap mudah-mudahan guru-guru tidak mudah patah semangat dengan pelbagai rintangan yang semakin mencabar dalam profesion kita sebagai seorang guru.

Kepada anak didik semua, jangan tinggal solat, sentiasa berdoa semoga menjadi anak yang soleh dan solehah dan seterusnya mendapat kejayaan di dalam pelajaran. Jadikan sekolah ini sebagai satu platform untuk kamu semua menimba ilmu. Jangan dipersiakan ruang dan peluang yang ada ini.

Akhir kata, semoga Allah SWT pelihara kita dan keluarga kita sebagaimana Dia memelihara hamba-hambanya yang beramal soleh. Jazakallahuhoir.






Tuan Haji Jaini bin Darsan
Guru Besar
SK RTB Bukit Changgang.





No comments:

Post a Comment